Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Sunday, 28 July 2013

Mari Cuti-Cuti Malaysia..

Cantik mata memandang....

....aku akan menikmati permandangan ini...

mesti anak-anakku suka tempat ni..
Alhamdulillah indah dan sejuk hari ini....walaupun aku tidak berada dilokasi seperti ini namun hanya dengan melihat foro ini saja hati jadi tenang dan damai.....pasti suatu hari aku akan menikmatinya bersama keluarga tercinta.

.........bercerita tentang cuti-cuti ni, teringat anakku Balkish...dah pandai nak bawa ummi g bercuti..bila nak ke KL katanya....Sabtu boleh kah?..amboi senang ja dia cakap...macamlah mau g KK..g KK pun susah la ni....kesian dia....dia mau makan seafood di Gayang......bila agaknya ummi boleh bawa....apa yg penting mau g dengan siapa.....pedih hati ini bila tak dapat memenuhi impian anakku....tentu dia rindu dan teringat akan kasihsayang ayahnya..yang akan membawa ke mana saja dia mau pergi....maafkan ummi anakku...maafkan ketidakupayaan ummi.....

InsyaAllah cuti dua minggu ni ummi akan cari masa sesuai untuk bawa kalian jalan-jalan ke KK....tengok rumah di Cyber yang berbulan sudah tidak dikunjungi....bagaimana agaknya......moga semuanya baik saja.

Ya semoga aku menjadi semakin tabah mengharungi hidup ini bersama anak2ku tercinta.  Sejahteralah engkau disana semoga diRahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...amin.

Thursday, 25 July 2013

Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah Sarawak 2013



  Menyertai konvensyen Persekitaran Berkualiti di Hotel Pacific Sutera Kota Kinabalu pada 04 Julai 2013.
En. Nadzim sebagai pembentang

En. Larry sebagai juruteknik
 Alhamdulillah dapat Anugerah Emas

Aktiviti Pelajar BPP203




Hari yang memberi kenangan kepada para pelajar KVPPN, diberi peluang untuk bermesyuarat di dalam Bilik Ilham. Menggunakan segala kemudahan di dalam bilik mesyuarat bagi memastikan kompetensi dicapai.

Pengendalian  Mesyuarat oleh pelajar-pelajar KVPPN



Tetap yakin walaupun berdebar..


Moga mereka sukses
Semoga anak didikku dapat mempelajari serba sedikit dalam pengendalian mesyuarat dan dapat mengamalkannya dalam aktiviti mesyuarat di mana jua mereka terlibat.

Tuesday, 23 July 2013

Aktiviti Guru Cemerlang TEKNIKEN

Cik Kilin dedikasi membimbing rakan guru membuat kajian Tindakan..Tahniah !

Sama-sama memberi bimbingan dan belajar dalam usaha menjadikan Kajian Tindakan satu budaya.

Cikgu Cecilia adalah salah seorang anak didikku yang pertama menjadi guru mengajar bersamaku..tahniah!

Pn.Jovinia & Cik Kilin sama cantik dan ilmuan.

Pn. Haini yang sentiasa hebat dan cemerlang.
Semoga kita akan terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

Ceriakan Hari Anda!

Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah....rasa gembira bertemu dengan hari ini.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam.  Menceriakan hari orang lain adalah satu cara menceriakan diri kita sendiri tanpa kita sedari.  Tetapi ada orang takut untuk membuat orang lain gembira atau tersenyum kerana bimbang dengan maklumbalas yang akan diterima.  Kadangkala kita perlu sedar bahawa apa yang kita lakukan tidak perlu balasan walaupun kita tahu bahawa setiap perkara itu kejadiaannya berpasangan, memberi dan menerima, baik buruk, suka duka dan macam-macam lagi.  Andai kita ikhlas insya Allah apa yang kita lakukan yang baik pasti dibalas dengan kebaikkan dan begitulah sebaliknya.  Kalau  bukan kita yang menerimanya mungkin ahli keluarga kita, oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam perlakuan. Andai kita fikir kita sentiasa berbuat baik tetapi tidak mendapat kebaikkan mungkinkah itu satu ujian buat kita agar kita sentiasa ingat bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
....Berilah keyakinan dan sokongan kepada yang memerlukan kita bila-bila masa.  Kalau bukan dengan tenaga, buah fikiran juga mencukupi.  Jadilah kita pendengar yang baik, walau tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tetapi cukup untuk membuka jalan permulaan untuk dia merasa lega dan didengari.  Mengetahui dirinya bukan sendirian, ada yang sudi mendengar dan berkongsi masalah atau kegembiraan yang dimiliki merupakan satu kegembiraan yang tiada tandingnya.  Ya, mudah-mudahan kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita, sama ada suka atau duka.

Coretan Buat Anakku Baihaqi

Rindunya pada anakandaku Baihaqi .... ummi doakan Haqi sentiasa sihat dan ceria.....in sya Allah tanggal 03 Ogos genap setahun usiamu wahai anakku.  Ummi sedih bila mengenangkan nasibmu yang tidak mengenal ayah.....apa yang akan kau tanya pada Ummi tentang ayah?  Apa yang ummi hendak ceritakan tentang ayah kepadamu wahai anakku.....
         Ummi terbayang-bayang wajah ayah ketika melihat dirimu dalam keadaan penuh tiub dibadanmu ketika engkau terlantar di katil ICU....menitis airmata ayah tak kala engkau menangis sejurus terpandang wajah ayah dan ummi.....pilu hati ayah masa tu wahai anakku.....ummi tahu ayah begitu mencintaimu....pedih hatinya kerana tidak dapat membantu ummi mengurusmu kala itu....namun peristiwa itu merupakan satu ujian buat ayah dan ummi....alhamdulillah engkau sembuh seperti anak-anak yang lain..ya ummi berdoa agar engkau akan terus sembuh dari penyakit itu hingga bila-bila.
          Ummi tidak tahu apa yang akan berlaku esok , lusa dan bila....ummi hanya mampu berdoa agar engkau menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah SWT....semoga Allah SWT akan sentiasa bersama-sama kita sepanjang perjalanan ini.
          Walau apapun ujian dan rintangan yang ummi hadapi ummi akan sentiasa memastikan bahawa Hari Ini Sentiasa Indah.....penuh dengan cerita-cerita baru dan kenangan indah walaupun ummi tidak dapat melihatmu sepanjang masa....mungkinkah ummi akan terlepas pandang langkahmu yang pertama, atau tutur katamu yang comel....maafkan ummi sayang....keadaan memaksa kita dalam keadaan ini....moga ummi akan terus tabah mengasuh dan membesarkanmu.....
 ......Baihaqi, engkaulah permata cinta ayah dan ummi....