Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah....rasa gembira bertemu dengan hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Menceriakan hari orang lain adalah satu cara menceriakan diri kita sendiri tanpa kita sedari. Tetapi ada orang takut untuk membuat orang lain gembira atau tersenyum kerana bimbang dengan maklumbalas yang akan diterima. Kadangkala kita perlu sedar bahawa apa yang kita lakukan tidak perlu balasan walaupun kita tahu bahawa setiap perkara itu kejadiaannya berpasangan, memberi dan menerima, baik buruk, suka duka dan macam-macam lagi. Andai kita ikhlas insya Allah apa yang kita lakukan yang baik pasti dibalas dengan kebaikkan dan begitulah sebaliknya. Kalau bukan kita yang menerimanya mungkin ahli keluarga kita, oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam perlakuan. Andai kita fikir kita sentiasa berbuat baik tetapi tidak mendapat kebaikkan mungkinkah itu satu ujian buat kita agar kita sentiasa ingat bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
....Berilah keyakinan dan sokongan kepada yang memerlukan kita bila-bila masa. Kalau bukan dengan tenaga, buah fikiran juga mencukupi. Jadilah kita pendengar yang baik, walau tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tetapi cukup untuk membuka jalan permulaan untuk dia merasa lega dan didengari. Mengetahui dirinya bukan sendirian, ada yang sudi mendengar dan berkongsi masalah atau kegembiraan yang dimiliki merupakan satu kegembiraan yang tiada tandingnya. Ya, mudah-mudahan kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita, sama ada suka atau duka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment