Kenangan menjelang 40th
Wednesday, 2 October 2013
Sunday, 28 July 2013
Mari Cuti-Cuti Malaysia..
Cantik mata memandang.... |
....aku akan menikmati permandangan ini... |
mesti anak-anakku suka tempat ni.. |
.........bercerita tentang cuti-cuti ni, teringat anakku Balkish...dah pandai nak bawa ummi g bercuti..bila nak ke KL katanya....Sabtu boleh kah?..amboi senang ja dia cakap...macamlah mau g KK..g KK pun susah la ni....kesian dia....dia mau makan seafood di Gayang......bila agaknya ummi boleh bawa....apa yg penting mau g dengan siapa.....pedih hati ini bila tak dapat memenuhi impian anakku....tentu dia rindu dan teringat akan kasihsayang ayahnya..yang akan membawa ke mana saja dia mau pergi....maafkan ummi anakku...maafkan ketidakupayaan ummi.....
InsyaAllah cuti dua minggu ni ummi akan cari masa sesuai untuk bawa kalian jalan-jalan ke KK....tengok rumah di Cyber yang berbulan sudah tidak dikunjungi....bagaimana agaknya......moga semuanya baik saja.
Ya semoga aku menjadi semakin tabah mengharungi hidup ini bersama anak2ku tercinta. Sejahteralah engkau disana semoga diRahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...amin.
Thursday, 25 July 2013
Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah Sarawak 2013
Aktiviti Pelajar BPP203
Hari yang memberi kenangan kepada para pelajar KVPPN, diberi peluang untuk bermesyuarat di dalam Bilik Ilham. Menggunakan segala kemudahan di dalam bilik mesyuarat bagi memastikan kompetensi dicapai.
Pengendalian Mesyuarat oleh pelajar-pelajar KVPPN |
Tetap yakin walaupun berdebar.. |
Moga mereka sukses |
Tuesday, 23 July 2013
Aktiviti Guru Cemerlang TEKNIKEN
Cik Kilin dedikasi membimbing rakan guru membuat kajian Tindakan..Tahniah ! |
Sama-sama memberi bimbingan dan belajar dalam usaha menjadikan Kajian Tindakan satu budaya. |
Cikgu Cecilia adalah salah seorang anak didikku yang pertama menjadi guru mengajar bersamaku..tahniah! |
Pn.Jovinia & Cik Kilin sama cantik dan ilmuan. |
Pn. Haini yang sentiasa hebat dan cemerlang. |
Ceriakan Hari Anda!
Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah....rasa gembira bertemu dengan hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Menceriakan hari orang lain adalah satu cara menceriakan diri kita sendiri tanpa kita sedari. Tetapi ada orang takut untuk membuat orang lain gembira atau tersenyum kerana bimbang dengan maklumbalas yang akan diterima. Kadangkala kita perlu sedar bahawa apa yang kita lakukan tidak perlu balasan walaupun kita tahu bahawa setiap perkara itu kejadiaannya berpasangan, memberi dan menerima, baik buruk, suka duka dan macam-macam lagi. Andai kita ikhlas insya Allah apa yang kita lakukan yang baik pasti dibalas dengan kebaikkan dan begitulah sebaliknya. Kalau bukan kita yang menerimanya mungkin ahli keluarga kita, oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam perlakuan. Andai kita fikir kita sentiasa berbuat baik tetapi tidak mendapat kebaikkan mungkinkah itu satu ujian buat kita agar kita sentiasa ingat bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
....Berilah keyakinan dan sokongan kepada yang memerlukan kita bila-bila masa. Kalau bukan dengan tenaga, buah fikiran juga mencukupi. Jadilah kita pendengar yang baik, walau tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tetapi cukup untuk membuka jalan permulaan untuk dia merasa lega dan didengari. Mengetahui dirinya bukan sendirian, ada yang sudi mendengar dan berkongsi masalah atau kegembiraan yang dimiliki merupakan satu kegembiraan yang tiada tandingnya. Ya, mudah-mudahan kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita, sama ada suka atau duka.

Coretan Buat Anakku Baihaqi
Rindunya pada anakandaku Baihaqi .... ummi doakan Haqi sentiasa sihat dan ceria.....in sya Allah tanggal 03 Ogos genap setahun usiamu wahai anakku. Ummi sedih bila mengenangkan nasibmu yang tidak mengenal ayah.....apa yang akan kau tanya pada Ummi tentang ayah? Apa yang ummi hendak ceritakan tentang ayah kepadamu wahai anakku.....
Ummi terbayang-bayang wajah ayah ketika melihat dirimu dalam keadaan penuh tiub dibadanmu ketika engkau terlantar di katil ICU....menitis airmata ayah tak kala engkau menangis sejurus terpandang wajah ayah dan ummi.....pilu hati ayah masa tu wahai anakku.....ummi tahu ayah begitu mencintaimu....pedih hatinya kerana tidak dapat membantu ummi mengurusmu kala itu....namun peristiwa itu merupakan satu ujian buat ayah dan ummi....alhamdulillah engkau sembuh seperti anak-anak yang lain..ya ummi berdoa agar engkau akan terus sembuh dari penyakit itu hingga bila-bila.
Ummi tidak tahu apa yang akan berlaku esok , lusa dan bila....ummi hanya mampu berdoa agar engkau menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah SWT....semoga Allah SWT akan sentiasa bersama-sama kita sepanjang perjalanan ini.
Walau apapun ujian dan rintangan yang ummi hadapi ummi akan sentiasa memastikan bahawa Hari Ini Sentiasa Indah.....penuh dengan cerita-cerita baru dan kenangan indah walaupun ummi tidak dapat melihatmu sepanjang masa....mungkinkah ummi akan terlepas pandang langkahmu yang pertama, atau tutur katamu yang comel....maafkan ummi sayang....keadaan memaksa kita dalam keadaan ini....moga ummi akan terus tabah mengasuh dan membesarkanmu.....
......Baihaqi, engkaulah permata cinta ayah dan ummi....

Bestnya dapat belajar benda baru...Ilmu itu Indah
Alhamdulillah, seronok dapat belajar benda baru ni..tq Laila kerana beri tunjuk ajar...semoga ilmu ini memberi manafaat kepada kita.
............cerita tentang belajar benda baru ni sebenarnya seronok. Lebih menggembirakan lagi bila ilmu yang diperolehi itu dapat diamalkan dengan cara yang baik. Mencari ilmu tidak semestinya secara formal....dimana-mana jua kita boleh belajar dan dari sesiapapun jua hatta dari seorang anak kecil atau dari seekor burung yang comel....
Melihat rakan sejawat sibuk menyiapkan assignment masing-masing mengamit rasa rindu untuk turut sama merasa kesibukkan itu. Bila nak buat phd? Persoalan yang sering ditanya....buat masa ni rasa tak mampu lagi....impian itu pernah bertaktah dihati untuk aku bersama puteri-puteriku belajar di sebuah kampus yang sama....masa tu agaknya aku sudah bergelar warga emas....ilmu itu terlalu luas dan tidak terhitung banyaknya....yang penting kemahuan dan usaha diri sendiri. Tak mengapa, aku akan terus belajar hari demi hari demi meneruskan keindahan hari-hari yang dilalui.
Buat rakan-rakan sejawatku yang sedang belajar, teruskan usaha, jangan kenal putus asa kerana setiap orang ada ujiannya tersendiri. Saya mendoakan agar semua berjaya dengan cemerlang.

Subscribe to:
Posts (Atom)