Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, 23 July 2013

Bestnya dapat belajar benda baru...Ilmu itu Indah

Alhamdulillah, seronok dapat belajar benda baru ni..tq Laila kerana beri tunjuk ajar...semoga ilmu ini memberi manafaat kepada kita.
............cerita tentang belajar benda baru ni sebenarnya seronok.  Lebih menggembirakan lagi bila ilmu yang diperolehi itu dapat diamalkan dengan cara yang baik.  Mencari ilmu tidak semestinya secara formal....dimana-mana jua kita boleh belajar dan dari sesiapapun jua hatta dari seorang anak kecil atau dari seekor burung yang comel....
        Melihat rakan sejawat  sibuk menyiapkan assignment masing-masing mengamit rasa rindu untuk turut sama merasa kesibukkan itu.  Bila nak buat phd?  Persoalan yang sering ditanya....buat masa ni rasa tak mampu lagi....impian itu pernah bertaktah dihati untuk aku bersama puteri-puteriku belajar di sebuah kampus yang sama....masa tu agaknya aku sudah bergelar warga emas....ilmu itu terlalu luas dan tidak terhitung banyaknya....yang penting kemahuan dan usaha diri sendiri.  Tak mengapa, aku akan terus belajar hari demi hari demi meneruskan keindahan hari-hari yang dilalui.
       Buat rakan-rakan sejawatku yang sedang belajar, teruskan usaha, jangan kenal putus asa kerana setiap orang ada ujiannya tersendiri.  Saya mendoakan agar semua berjaya dengan cemerlang.

0 comments:

Post a Comment